MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 24 Februari 2011

Grill salmon


BAHAN-BAHAN :

3 keping ikan salmon
100gm kacang buncis
1 ketul cauliflower -saiz sederhana
Ubi kentang secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS :

1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
1 sudu kecil fresh thyme
1 sudu kecil mustard
1 sudu besar jus lemon-boleh tambah
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Boleh ditambah cream jika nak kuah yang lebih pekat serta boleh diubah suai resepi ni ikut citarasa masing-masing . Cara masak sos lebih kurang macam nak masak sos bechamel .

CARA MEMASAKNYA :

1) Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper , perap selama 1 jam . Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sampai masak. Bila ikan dah masak boleh digrill ubi kentang pula sampai lembut serta masak.

2) Potong semua sayur mengikut cita rasa sendiri dan kukus sayur sekejap saja supaya tidak over cook sebab nanti sayur jadi terlalu lembut dan lembik.
3) Panas kan satu sudu besar butter dan masukkan tepung gandum kemudian kacau tepung gandum ni sampai bertukar warna kekuningan .Kemudian terus masukkan susu ,thyme , mustard , serbuk lada hitam dan kacau kuah sampai sehingga mendidih.
4) Bila kuah mula mendidih masukkan garam dan jus lemon jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon. Biarkan kuah mendidih dan masak , boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas.

4 ulasan:

  1. bestnya kak Nani..!! boleh cuba sbb ikan salmon mmg banyak kat sini...

    BalasPadam
  2. huhuh bile la nak try masak camni..

    BalasPadam
  3. to nor moscow,
    hmm mmg sedap salmon ni, kalau nor kat sana lg best la salmon fresh mesti lg sedap kan

    BalasPadam
  4. to ain zuraini,
    cuba la ain skrg ni senang dh nak jumpa salmon kt hypermarket tesco, giant n CF

    BalasPadam